Dianggarkan 152,000 mangsa masih lagi tertimbus di seluruh kawasan dilanda gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi, Jumaat lepas.
Pengarah Informasi dan Media Kementerian Luar Indonesia Acmad Ramadan berkata pada masa yang sama sejumlah 65,733 kediaman turut musnah akibat bencana itu.
"Setakat ini, kita telah menemui sebanyak 1,558 mayat mangsa yang kebanyakkannya tertimbus di dalam tanah.
"Mangsa yang cedera pula ialah 2,549 orang yang ada diantaranya telah dipindahkan ke hospital di daerah lain untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui pemberita Malaysia di Patebo di sini, hari ini.
Acmad menambah keadaan tanah serta kehendak keluarga yang inginkan jasad mangsa yang terkorban ditemukan dalam keadaan sempurna menjadi antara kesukaran yang dialami pasukan mencari dan menyelamat dalam menggali keluar mangsa.
"Kami akan lakukan yang terbaik bagi memastikan semua mangsa yang terkorban dapat dikebumikan dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata kerajaan Indonesia tidak menetapkan sebarang tarikh akhir bagi kerja mencari dan menyelamat dilakukan.
"Tiada tetapan untuk pencarian mangsa. Ia akan diteruskan setiap hari," katanya.
Sementara itu, Karo Penmas Divisi Humas Polri Brig Jen Ermi Widyatno berkata cuaca baik sehingga ini melancarkan operasi membawa keluar mangsa.
"Bantuan luar juga sekarang dah boleh masuk di tiga kawasan utama iaitu Sigi, Dongala serta Kota Palu... dijangka akan lebih banyak mangsa yang akan ditemui.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan rakyat Malaysia terutamanya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang sudi membantu kami di sini," katanya.
Misi Bantuan Kemanusian Mapim merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Kota Palu, Jumaat lepas. -- Bernama
Bernama
Fri Oct 05 2018
Seorang penduduk cuba berjalan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami di Kota Palu, Sulawesi Tengah di Indonesia pada 4 Okt 2018. - REUTERS
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Perselisihan faham punca pusat hiburan dibaling bom petrol - Polis
Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.